UCAPAN SEMASA

asslalamualaikum...warohmatullah hiwabaro katuh....

Marquee Generator

Wednesday, August 25, 2010

ATURCARA PERJUMPAAN KELUARGA HJ KUSNI BIN OMAR


content="Microsoft Word 12">

PERJUMPAAN HARI RAYA AIDIL FITRI

KELUARGA HJ KUSNI BIN OMAR

NO.B1 LORONG KARIMUN, TEBUK KENCONG, SUNGAI BESAR, SELANGOR


Tarikh: : 12hb September 2010 ( 3 Syawal 1431H)

Tempat : No. B1 Lorong Karimun, Tebuk Kencong.

Waktu : 8.00 pagi hingga 12.00 malam.


Aturcara:

5.5O pg - Sembahyang Subuh berjemaah (untuk yang sudah sampai)

8.00 pg - Sarapan bersama-sama

9.00 pg - Aktiviti Hari Raya bermaaf-maafan dan foto shoot.

Ucapan ketua-ketua keluarga

10.00PG- Mula bergerak beramai-ramai untuk ziarah


Sebelah malam:


7.30 mlm - Sembahyang Maghrib berjemaah

- Bacaan Yasin keluarga

- Tazkirah oleh Ayahanda/Embah

- Sembahyang Isya’ berjemaah

- Makan Malam / barberque



Cadangan ziarah ke rumah:

1. Cik Ijah

2. Hj Yusak (Kang Yasak)

3. Kak Endon

4. Cik Ros

5. Kak Ton

6. Kak Temi

7. Pak Mangin

8. Bok De Mon Parit 8

9. Hj Amri Parit 1 Sg Besar

10. Lek Yah Sungai Nibong

11. Kak Halijah Bt 38

12. Kang Hadith

13. Bokde Salbiah Sg Manila


Untuk makluman semua, diharap tiada keuzuran demi ukhwah keluarga kita. Sekiranya tiada baju Oren, tak apa. Itu tak penting. Yang penting kita semua dapat berkumpul dan anak cucu dapat bermesra kerana inilah masanya kita dapat bersama. Semoga dengan perjumpaan ini akan bertambah erat lagi tali kekeluargaan kita. AMIINNNN....


Jadual tertakluk pada pindaan.

Tuesday, August 24, 2010

IBU TERCINTA....

IBU TERCINTA….
ALLAHYARHAMAH HAJAH WASITAH BT PAILAN

SENTIASA SEGAR DALAM INGATAN

UNTUK TATAPAN ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU SEMUA….
ALFATIHAH…..

Sunday, August 8, 2010

MEMORI INDAH BERSAMA YG TERSAYANG

MEMORI INDAH BERSAMA IBU TERCINTA.....

Pada suatu malam yang hening. Tepat jam pukul 1.00 pagi. Seperti biasa emak akan mengejutkan aku untuk menemaninya pergi menyungkil kelapa. Waktu itu masih dalam cuti sekolah tapi aku tak ingat darjah berapa waktu itu. Aku akan menemani emak pergi menyungkil. Kami berjalan menuju tempat kerja iaitu di kedai Eng Teng (nama kedainya). Sepanjang jalan aku merasa seram sejuk. Maklumlah tengah malam yang gelap gulita serta senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik bersahut-sahutan.

Setibanya ditempat itu, emak mengambil bangkunya. Aku juga berbuat demikian dan terus duduk berdekatan dengan emak di satu sudut. Tanpa berlengah-lengah kami memulakan kerja. Emak sungguh cekap sekali berbanding dengan aku yang terkial-kial untuk menyungkil sebelah kelapa kering. Dalam masa tak seberapa minit emak sudah menghasilkan sebakul kelapa kering. Emak terus melakukan nya dengan tekun sekali.

Tiba-tiba, Tuk! Truk!..Tuk!.. Tuk!..Tuk!. Tuk...Tuk. Terkejut aku dibuatnya. Rupanya emak mengetuk tempurung kelapa pada kelapa yang masih tertiarap. Dia terus mengetuk beberapa kali.. Tuk! Tuk!..Tuk!.. Tuk! Tuk!..Tuk!.. Emak akan lakukan berulang-ulang kali. Selepas itu dia meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

Selang beberapa minit tiba-tiba muncullah seorang demi seorang teman-teman emak yang biasa sama-saman melakukan pekerjaan ini. Lek Doayah datang dengan senyumannya yang menampakkan giginya yang jarang dan separuh rongak. Datang dengan menaiki basikal caboknya. Lek Minah yang kurus kering tetapi tetap gagah dan sihat serta anaknya (nama tak ingat) datang dengan berjalan kaki. Lek Nyamir (allahyahamah) dengan lenggang lenggoknya bersama anaknya Jumaiah (`Jom panggilan glamour di kampong) yang berambut kerinting, berbadan seksi dan berkulit sedikit gelap. Wak Surip (allahyarhamah) yang berbadan kecil dengan giginya yang agak rongak bersama kak Endon yang waktu itu masih belum kawin juga berjalan kaki sahaja. Seorang lagi yang kelakar orangnya iaitu Lek Katijah (allahyarhamah) juga datang dengan sanggul seciputnya serta tak lekang selendang di bahunya. Dia juga berjalan kaki kerana memang tak tau naik basikal. Barulah saya tahu, rupa-rupanya ketukan-ketukan tempurung yang emak saya lakukan itu tadi adalah untuk memanggil mereka-mereka semua. Sungguh bijak emak aku.

Di sebuah bangunan kayu (yang dipanggil `salian’) yang terdiri para-para kayu terletak ratusan biji buah kelapa yang telah dibelah dua dan disusun dengan rapi serta teratur. Dibawahnya pula disusun ratusan tempurung kelapa yang dibakar untuk menyalai kelapa-kelapa tersebut. Semasa kami sampai, kekadang masih terasa panasnya bahang api. Kelapa-kelapa itu disalai supaya senang untuk dicungkil. Disinilah emak dan teman-temannya melakukan pekerjaan saban malam untuk mencari sesuap nasi demi menyara kami adik beradik. Pekerjaan ini terpaksa dilakukan pada waktu malam kerana ia memerlukan cuaca yang sejuk untuk melawan dek kepanasan bahang api salian itu.

Emak dan teman-temannya asyik tekun menyungkil kelapa sambil bersembang-sembang antara satu sama lain. Dalam pengamatan aku, mereka memang sangat mesra dan akrab sekali. Setelah penat melakukan aktiviti, mereka berhenti berehat. Meraka akan berkumpul di satu sudut. Masing-masing mengeluarkan bekalan (bontrot) yang dibawa. Lek Nyamir dengan ulam-ulaman dan sambal belacannya maklumlah jaga badan katanya. Patutlah badannya segak dan seksi aje... Lek Katijah dengan masak lemak cili apinya. Wow... sungguh pedas sekali... “Orakla... Enak kok......Orak pedes la....” Itulah jawapannya sekiranya ada sesiapa mengomen masakannya. Bermacm-macam lagi juadah yang mereka bawa. Mereka makan bersama-sama dengan penuh kemesraan.

Setelah selesai menikmati bontrot-bontrot yang dibawa, mereka meneruskan pekerjaan. Mereka terus bersembang-sembang dengan mesranya. Dalam asyik bersembang tiba-tiba.....BROOOOOOOOOOT. Kedengaran bunyi menyelah kemesraan alam maya. “Apa tu..???”. Mencelah sesaorang daripada mereka. “He..he..he... ANGIN....angger orak metu yo sakit wetenge...” He...he....Jawab Lek Katijah. Rupa-rupanya dialah yang mengeluarkan gas beracun itu. Nasib baik racunnya tak mengancam ketenteraman awam. Itulah bahana memakan ulam pucuk ubi celor tadi... Mereka semua tertawa terbahak-bahak. Aku tertawa juga sehingga sakit perut melihat gelagat mereka semua.

Jam ditangan Kak Endon sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Kerja-kerja masih belum selesai dimana ada satu perempat lagi kelapa belum dicungkil. Dalam kedinginan subuh terdengar pula dentuman mercun yang dibakar dari arah rumah aku. Itulah bunyi isyarat yang buat oleh bapakku menandakan adikku bangun nak susu. Emak bergegas pulang untuk menyusukan adikku (adik Tina). Waktu itu tiada seorang dari kami yang menyusu botol kerana keadaan ekonomi yang begitu tidak mengizinkan. Selapas itu emak akan datang semula untuk menyelesaikan aktivitinya. Emak dan teman-temannya akan pulang sebelum waktu subuh.

Pada waktu paginya selepas bersarapan emak akan ke tempat itu semula untuk membuat sukatan pada hasil yang telah dikerjakan. Hasilanya akan disukat menggukan `pungkis’ sebuah bakuul khas. Pada waktu itu harga upah sepungkis hasilan hanya dua puluh sen. Seingat aku pada hari itu emak telah menghasilkan Sembilan pungkis yang berjumlah seringgit lapan puluh sen sahaja. Tak dapat aku bayangkan, nilai itu dengan keadaan ekonomi sekarang. Tapi aku berbangga dengan emak yang tersangat redha dengan apa yang dilakukan dan diperolehi.

Coretan ini hanya untuk mengingat kembali keindahan bersama EMAK yang tak dapat aku rasai lagi sekarang. Pengalaman yang sungguh indah, yang tak boleh dinilai dengan ringgit....yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat.....

Untuk anak-anak ku semua, ketahuilah... betapa susahnya hidup masa lalu. Dengan pengalaman ini boleh dikatakan hidup dahulu kala KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Makan dan pakai dengan apa yang ada sahaja. Tapi tetap bersyukur dan redha dengan apa yang telah berlalu.

Bersyukurlah, sekarang kalian hidup dikelilingi dengan kesenangan. Walaupun kita tak mewah tapi kita boleh dikatakan senang. Ambillah pengalaman ini sebagai panduan dan teladan.

YA ALLAH..... KAU ampunilah dosa-dosa ibu ku....sekiranya ada....

Tempatkanlah dia ditempat yang sewajarnya............. Amin.....

OH EMAK...... AKU RINDU PADAMU......

AL-FATIHAH...........