UCAPAN SEMASA

asslalamualaikum...warohmatullah hiwabaro katuh....

Marquee Generator

Tuesday, September 27, 2011

MY CHOCOCHEESE CAKE RECIPE


MY CHOCOCHEESE CAKE RECIPE

bahan2
1 cawan planta
2 cawan gula kastor
5 biji telur
1 tin susu cair
1 s/teh esen vanilla
1 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 s/teh soda bikarbonate
1 s/teh baking powder
bahan cream cheese
1 ketul philadelphia cream cheese
1/2 cawan gula
1 biji telur
Cara2
1. Putar planta + gula sampai gebu
2. Tambah telur, susu n esen vanilla dan putar sebati
3. Ayak semua bhn kering sebelum dimasukkan sedikit sedikit ke dalam adunan planta dan putar lagi hingga sebati
4. Tuang adunan dlam loyang yg disapu planta.
5. Putar adunan cheese sampai kembang
6. Tuang dlam loyang adunan kek dan kacau sedikit guna garfu
7. Kukus 1 jam

Wednesday, September 21, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

Hari ini tanggal 21hb September adalah hari ulang tahun kelahiran dua orang putera ku Mohd Nizar Bin Kamaruzaman (1997) dan Muhammad Edzham bin Kamaruzaman (1999).  Kedua-duanya lahir pada tarikh, masa dan waktu yang sama.  Cuma berlainan hari dan tahun sahaja.  Kedua-duanya dilahirkan pada remang-remang waktu maghrib tepat jam 7.00 - 7.01mlm di hospital Alor Star.  Kedengaran laungan azan dari masjid Zahir Alor Star berkumandang sejurus anak-anak ini dilahirkan.




 Mohd Nizar (abang) dilahirkan pada jam 7.00 malam dengan berat timbangan 4.00kg.  Berkulit agak gelap dan kebiruan, anakku ini dilahirkan normal walaupun mengalami komplikasi `placenta pavior' pada kandungan minggu ke 32 dimana terpaksa duduk di wad selama dua puluh hari.  

Setelah berusia enam bulan, anakku ini didinogsis mengalami penyakit `Thalasemia'.  Subhanallah.....  rasa jatuh jantungku waktu mendapat tahu keputusan ujian darah yang dilakukan walaupun memang telah dijangka akan berlaku. Tetapi aku tetap bersyukur dan redho dengan ujian yang Allah kurniakan ini.

Hari ini genaplah usianya empatbelas tahun.  Wah.. dah remaja anakku ini.  Cukup pandai bergaya dalam apajua situasi.  Warna kesukaan hitam.  Amat fasi bila memilih pakaian.  Suka kelihatan simple dan elegen.  Sentiasa kelihatan kemas dan bergaya.  Aduuhhh...

Pasal makan cukup susah.  Sentiasa memilih apa menu apabila yang hendak makan.  Lauk kegemaran sudah semestinya `ayam' goreng dan sup cendawan campur labu air.  Menu baru dijumpai `bakso'.  Nak jadi anak Indon agaknya. 

Tentang  pelajaran, boleh tahan juga walaupun selalu ponteng sekolah kerana kesihatan tidak mengizinkan.   Adakalanya terpaksa berulang alik ke hospital.  Tetap bersemangat  walaupun dah downgrade dari Sek Berasrama Penuh (MRSM) ke sekolah harian, demi mencapai cita-citanya.  Setahun yang lalu, anakku ini bersekolah di MRSM Lenggong.  Oleh kerana terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling, kawan-kawan sebaya yang tidak memahami keadaannya juga guru-guru yang tidak langsung memberikan komitmen dan tidak peka tentang keadaannya, maka sebulan yang lalu dia terpaksa keluar.  Setelah setahun setengah berada di MRSM anakku ini terpaksa melakukan `transfussion' sebanyak lima kali kerana terlalu tertekan (mantle toucher) dan keletihan.  Walaupun berat dihatinya untuk meninggalkan sekolah yang menjadi impiannya sebelum ini, terpksa akur dengan keadaannya yang tidak boleh lagi menahan menggung beban.  Walauapapun saya tetap bersyukur, dengan semangat wajanya anakku ini tetap berusaha untuk memajukan dirinya di sekolah harian yang didudukinya sekarang.  Sehingga kini masih tak tau apa yang dicitakan dan masih belum pasti akan kerjaya yang sesuai untuknya.


Muhammad Edzham (adik) dilahirkan jam 7.01 malam di katil dan hospital yang sama.  Semasa dilahirkan berat nya 4.50kg.  Wow..beratnya... tapi alhamdulillah... dilahirkan normal tanpa sebarang komplikasi.  

Kini genaplah usianya duabelas tahun.  Tak sabar dah nak buat `Mykad'.   Anak yang boleh dikatogerikan sebagai pintar.  Pintar segala-galanya.  Ha..ha.... nasib baik tak pandai memutar belit....

Tentang makan, wow.... tiada pantang larang.  Apa yang terhidang semuanya sedap belaka.  Makan semahunya.  Tengoklah badannya, comel dan montel.  Tengok pandai pulak nak sorok kemontelannya.  Tentang berpakaian, juga tidak memilih.  Yang susahnya, tiada saiz.  Ha..ha.... Saiz kanak-kanak, jauh sekali.  Saiz dewasa.... mak oi... malu nak sebut saiznya...hampir sama dengan saiz ayah dia. Jadi macamana nak bergaya???   Tapi tetap bergaya juga.  Warna kegemaran `Biru'.  Walau apapun... harap-harap untuk sementara saja.




Tentang pelajarannya..... bolehlah tahan.  Kalau periksa, semua gred ada. Dari A,B dan C.  Nasib baik tak ada D.  UPSR???? tak tau lagi....  Cita-citanya nak jadi `Doktor'.  Boleh ker....??  Insyallah... semoga Allah memberkati usaha-usahanya dan akan berjaya dengan cermerlang.  
Wahai anak-anakku.  
Kaulah harta yang aku ada didunia ini.  Mama sentiasa mendoakan semoga kalian akan berjaya di Dunia dan di Akhirat.  Jadilah insan yang mulia disisi Allah.  Sentiasalah mencari keredhaan Allah dalam apa jua perbuatan akan kita lakukan. 

Semoga Allah menguniakan taufik dan hidayah kepada kalian.  Amiinnn.


21hb.September 2011.






























Wednesday, September 14, 2011

ANJUNG AYU: KEK CEREMAL

ANJUNG AYU: KEK CEREMAL: KEK CEREMAL bahan2: (A) 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus) *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wr...

KEK CEREMAL

 KEK CEREMAL
 
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm

nampak mcm byk je bahan dia. tp sebenarnya senang sgt. ila main belasah je pun jadi.


titipan: Noor Halilah Halim.

Wednesday, May 18, 2011

marinara pasta

marinara pasta

2 cawan pasta. (sukati la nak pakai pasta apa. betuk reben ka, kerang ka, spiral ka.) rebus sampai empuk.

3-4 ulas bawnag putih diracik
...1/2 labu bawang holland didadu.
crab stik -potong2 le dulu. jgn le masuk sebatang2 tu ye cik2 sume.
isi udang
isi ikan (aku pakai filet ikan dori) ni sume ikut memasing le nk byk mana bubuh.

1 1/2 cawan susu
1 sudu mkn tepung gandum
1 sudu mkn butter
1 1/2 sudu teh oregano (tak de pun x pe. cuma rasa tak best ler)
1/2 kiub ayam
lada hitam.

lada benggala hiris2.
keju mozarella, ikut le byk mana nk bubuh.
minyak jeton. tak de, belasah minyak masak pun tadak hal.


* mula2, panaskan minyak jeton tu. tumis le bawang2 sekalian yg ada.
* masukkan 1/2 kuib ayam.
* masukkan le udang, ketam, iis ikan tu. gaul rata sampai masak. tabur lada hitam, garam n oregano.
* masukkan pasta. kacau rata. tutop api.

*dlm periuk lain, cairkan butter. kecik je apinya. jgn sampai butter bangus plak.
* masukkan tepung gandum. kacau rata. time ni dia berbuih. agak2 dh kekuningan, masukkan susu. kalau pekat sgt, tambah le lagi klu nak berkuah.
* masukkan 1/2 kiub ayam lagi. kacau rata. masukkan lada hitam sesedap rasa. Garam tak yak buh dah.

* masukkan pasa yg siap digoreng tadi kt dlm loyang ka, caserol ka,(bekas yg tahan panas le) lepas tu tuang sos putih tadi atas dia. lepas tu tabur pulak ler keju mozarela tu byk mana korang nak. kalau nak gemuk cepat atau menambahkan lagi gemuk, blh le bubuh 2-3 kilo.

bakar le dlm oven dlm 5 minit. agak2 mozarellah tu cair. lepas tu blh le bersantap seisi keluarga ya.
See More

oleh Ainin Naufal

Tuesday, April 26, 2011

ORANGE CAKE

BHN:
250gm marjerin
1 cawan gula kastor
...5 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar sunquick
parutan kulit limau sunkist-dari sebiji limau
1 1/2 cawan tepung naik sendiri-diayak

CARA:
pukul marjerin +gula kastor->kembang
pukul maksima,masukkan telur sebiji demi sebiji
kemudian,masokkan tepong naik sendiri-kacau sebati
masokkan sunquick,parutan kulit limau dan susu pekat manis-pukul sebati...
alas dgn kertas minyak,bkar selama 1jam/hingga masak...

SELAMAT MENCUBE...

Wednesday, April 20, 2011

KEK CHOCLATE

250gm butter
10 oz gula caster
2 camca vanila
semua bahan dipukul hingga kembang

8 oz tepung superfine
2 oz serbuk coco
2 sudu baking powder double action
1/4 sudu cream of tartar
semuanya diayak 2x

4 biji telur grade `A' }
1 1/3 caawan susu formos} - disejukkan

3 sudu besar oren sun quick
2 sudu besar nescafe


cara: seperti biasa

resipi memang nampak biasa jer...... tiada yang istimewa..... tapi... tetap lain dari yang lain.... dan ada cerita di sebalik pembuatan kek ini....

Boleh ikuti ceritanya nanti......

BAHASA IBUNDA - SIRI 4

PERBUATAN / AKTIVITI DALAM BILIK AIR

1. BERAK/BUANG AIR BESAR. - Budak lelaki itu berak di dalam air.
Ngiseng - Bocah lanang kui ngising jero banyu.

2. KENCING/BUANG AIR KECIL - Jangan kencing disitu.
Nguyoh - Ojo nguyoh nang kono.

3. MANDI - Jom mandi beramai-ramai di kolam.
Adhus - Yok adhus rame-rame neng kolam.

4. CEBOK - Kenapa cebok tak bersih?
Cewok - Nyapo cewok orak resik?

Tuesday, March 8, 2011

APPLE CRUMBLE

apple crumble

150 gm tepung gandum
50 gm gula
110 gm butter sejuk
...sedikit garam

* satukan semua bahan, ramas sampai jd mcm serbuk roti.

inti

3 biji epal hijau - kupas n dadu
2 sudu mkn gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis

*campur semua bahan dlm periuk. panaskan atas api sampai agak kering.

* ambil 1/2 adunan crumble. ratakan padat dlm loyang. ratakan intinya. taburkan je lebihan 1/2 bahagian crumble lagi.

* bakar sampai kekuningan.

BY: halilah halim

BUTTER CREAM

resepi butter cream.

250 gm butter
125 gm krimwell
125 gm gula aising.
esen vanila

pukul kesemua bahan sampai putih. siap! kemudian letak le apa2 kaler yg disukai. ada versi2 lain butter cream ni, tapi ini paling senang.

BY: halilah Halim

Sunday, February 13, 2011

Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)


Huraian Tajuk/Isu:
Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

PENGENALAN

  • Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

  • Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

  • Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
  • ” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
  • Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
Keputusan:
KEPUTUSAN FATWA
Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
والله أعلم بالصواب
NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :
  • Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

  • Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

  • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

  • Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

  • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

  • Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

  • Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

  • Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
والله أعلم بالصواب

Monday, January 31, 2011

TEMA HARI RAYA AIDIL 2011 - SYAWAL 1432

ASSLALMUALAIKUM WAROH MATULLAH HIWABARO KATUH...

KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA HJ KUSNI BIN OMAR....

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, TEMA HARI RAYA TAHUN 2011 IALAH BIRU MUDA/BIRU LAUT. MEMANDANGKAN PADA TAHUN-TAHUN LEPAS TEMA TELAH DIPILIH OLEH KELUARGA MANJUNG DAN KELUARGA TANGKAK, JADI TAHUN INI KITA TELAH MEMBERI MANDAT KEPADA KELUARGA KAK LONG (HAIRIAH) DAN ABANG LONG UNTUK MEMILIH. MEREKA TELAH MEMILIH WARNA TERSEBUT.

. tengok cantik tak...warna biru.. x ingat tahun bila .. selamat keluarga ku tak payah beli....
tapi muat lagi ker....???... he..he..

KEPADA SEMUA,

SAYA BERHARAP DAPATLAH KIRANYA SEMUA KELUARGA BERSETUJU DENGAN WARNA PILIHAN MEREKA INI. BAGI SAYA WARNA INI SANGAT SESUAI KERANA IANYA MENGGAMBARKAN BETAPA INDAHNYA PERTALIAN KITA SEMUA DALAM SATU KELUARGA YANG HARMONI. SEBUAH KELUARGA YANG SENTIASA COOLL DALAM APA JUA KEADAAN. KELUARGA YANG SALING BANTU MEMBANTU ANTARA KITA. SALING BERKERJASAMA DALAM APA JUA MAJLIS. BIRU JUGA MELAMBANGKAN KEBERSIHAN HATI SETIAP AHLINYA.

DENGAN INI DIHARAPKAN SYAWAL 1432 INI NANTI AKAN BERTAMBAH CERIA DAN MERIAH LAGI DARIPADA SYAWAL TAHUN-TAHUN LALU. JUGA DIHARAPKAN SEMUA AHLI AKAN DAPAT MENYUSUN ATAU MEMBUAT PERANCANGAN CUTI . SAMA-SAMALAH KITA BERDOA KEPADA ALLAH SEMOGA KITA SEMUA DAPAT BERKUMPUL SEKALI LAGI...INSYALLAH.

SEKIAN..... DEMI SILATULROHIM YANG BERKEKALAN....

Wednesday, January 19, 2011

BAHASA IBUNDA - SIRI 3

PERBUATAN / AKTIVITI

1. MAKAN - Orang itu makan nasi
mangan - Wong kue mangan sego.

2. MINUM - Dia minum air sirap.
Ngombe - De'e ngombe banyu serbet.

3. BERJALAN - Anak kecil saya sudah pandai berjalan
Melaku - Anak cilikku wes iso melaku.

4. BERLARI - Siapa yang berlari ke sana?
Melayu - Sopo sing melayu merono?

5. TIDUR - hari sudah malam, saya nak tidur.
Turu - Wes bengi aku arep turu.


Monday, January 10, 2011

BAHASA IBUNDA - ANGGOTA BADAN

ANGGOTA BADAN

1. Rambut - Rambutnya warna merah
Rambut - Rambute werno abang.

2. Muka - Mukanya nampak bersih.
Raii
- Raii ne ketok resik.

3. Mata - Matanya bengkak.
Mot0, meripat - Moto ne aboh / Meripat te aboh.

4. Hidung - Hidungnya berdarah.
Irung, cungur - Irung nge getihhen / Cungur re getihhen.

5. Mulut - Mulut dia celupar.
Changkem - Changkem me de'e lamis.

6. Lidah - Lidahnya bercabang macam biawak.
Ilat - Ilat te cabangen koyo mencawak.

7. Gigi - Kenapa gigi awak patah?
Untu - Nyapo untu mu tugel.

8. Telinga - Dia memakai subang di telinga kiri sahaja.
Kuping
- De'e nganggo suweng nang kuping kiwo wa'e.

9. Tangan - Dia makan dengan tangan kanan.
Tangan
- De'e mangan karo tangan tengen.

10. kaki - Ali menyepak bola mengunakan kaki kiri.
Sikel - Ali nyepak bolah karo sikel kiwo.


11. Badan - Sakit semua badan ku terjatuh tangga tadi.
Awak - Loro kabeh awak ku tibo ondo ma'u.

12. Punggong - Ponggongnya terlalu besar.
Bokong - Bokong nge gedi banget.

13. Pusat - Pusatnya kedalam kerana kegemukan.
Udhel - Udhel le mendelep sabab kelemon.


14. Jari - Jari-jarinya kecil dan halus.
Jari - Jari-jari ne cilik gek alus.


15. Ibu Jari - Tekan butang itu guna ibu jari tangan.
Jempol - Teken butang nge karo jempol tangan.


16. Buku Lali - Ratakan air sampai buku lali.
Tongkak - Ratak'e banyu ne tekan tongkak.


Nota:

Sekiranya ada yang tersalah dan tersilap, harap maaf.
Sama-samalah kita memperbaikinya supaya kita dapat bahasa yang betul.

Sunday, January 9, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN IMAN - TAMAN KERAMAT

ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAH HIWABAROKATUH...





Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pertunagan Iman akan di adakan seperti berikut:

Tarikh: 4hb Febuari 2011 (Jumaat)
Waktu: 3.00 petang
Tempat: Lorong 7, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Tempat berkumpul: Akan diberitahu.

Tema: Sekiranya ada akan diberitau kelak.

Semua Ahli keluarga HJ Kusni Bin Omar adalah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran semua akan meriahlah majlis tersebut dan semoga majlis akan berlangsung dengan lancar... Amiiiinnnn.

Terima Kasih.


************************************************************************************

BAHASA IBUNDA

PENGENALAN DIRI:


Saya = aku
kamu, kau, awak = kue
Dia = de'e

contoh ayat:

1. Saya hendak makan.
Aku arek mangan.

2. Awak hendak ke mana?.
Kue arek lungo nang ndi?

3. Dia sudah makan.
De'e wes mangan.

Thursday, January 6, 2011

GEMPAK JB...... CAYA LA.......

ASSALAMUALAIKUM WAROH MATULLAH HIWABARO KATUH....


Dengan izin Allah Subhanauwatala, kita sekeluarga telah dapat berhimpun dalam suasana yang aman dan meriah sekali. Walaupun jauh di Johor Bharu, atas komitmen semua ahli keluarga, boleh dibanggakan kerana masing-masing bersungguh2 datang demi untuk mempereratkan tali silatulrahim. Paling menggembirakan ialah komitmen Ayahanda dan Bonda yang telah datang lebih awal. Walaupun terpaksa transit dua penginapan dek kerana transportation delay...he...he... Mereka harus faham dengan kekangan masa kita yang kurang mengizinkan. dan terpaksa berbuat demikian pada mereka. Mereka nampak sangat gembira sekali dengan kehadiran anak cucunya beramai-ramai.

Kak Long and abang Long (Paya Jaras), kami sangat berbangga memiliki kalian berdua. Kalian amat baik hati dan ikhlas. Budi pekerti yang luhur, tidak pernah merungut (belakang tak tau...) memang disenangi kami semua. Lebih-lebih lagi bagi saya dan keluarga yang selalu menumpang untuk transit. Kekadang malu juga kerana ada ana-anak
sendiri di KL tapi kami amat selesa untuk menginap dirumah kak Long. Yang seronoknya.... setiap kali singgah paling kurang mesti ada `teh tarik' . Hilang sikit mengantuk untuk meneruskan perjalanan ke Manjung..... Maaf ye kak....... ini curahan hati ke hati..... bukan mengampu.... Acik sangant selesa di rumah kak....... Allah saja lah dapat membalas budi baik kak selama ini.... Anyway.... walaupun terpaksa meninggalkan tiga hari pendapatan (tutup kedai) kak tetap komited datang dengan keluarga. Kami semua SAYANG kak Long and Abang Long... Semoga Allah panjangkan umur kak dengan kesihatan yang baik dan dipermudahkan rezeki... Amin...

Kak Umi dan keluarga (Kelang)juga sama. Terima kasih tidak terhingga. Walaupun Nonoi dan keluarga tak dapat hadir kerana keuzuran menanti kelahiran (on c
all) anggota baru. Syabas dengan komitmen kak dan keluarga.

kak Maria dan keluarga (Sungai Besar) juga diucapkan terima kasih., walaupun Haris dan keluarga tidak dapat hadir kerana kesibukan kerja. Kita tidak bo
leh memaksa orang untuk hadir. Kita semua flexible... Ada masa kita boleh,,, ada masa kita tak boleh.... So... harap-harap dapat hadir pada gathering akan datang.....

Keluarga Manjung paling jauh dalam semenanjung.... kesemuanya hadir......Insyallah... setakat ini masih boleh ikut. Belum banyak kerenah lagi....
Sampai paling awal ke JB tapi maaf la yer tak tolong rewang pun.... tolong perabih makanan ajer supaya tak membazir.... tapau.... jangan mare... Kami sangat gembira sekali dengan gathering ini. Sungguh meriah dan selesa..
Keluarga Ju and Jalil...(Tangkak). Semua hadir kecuali Syakira. Tapi patut ada life from Mesir.... kenapa tak de yer.... Lupa kot.... Ini lagi lucu.... cari rumah pun sesat barat.... GPS punya la canggih.... tapi asyik tunjuk Tangkak-Labis jer..... JB tak recognise..... Bawa bomoh lagi tepat dan cepat.... he..he...

Idah dan Rahman (Saujana ape yer... tak ingat maaf) terima kasih ler...kerana sangat komited juga. Ketahuilah bahawa kami tidak menganggap kalian orang lain walaupun pada hakikatnya begitu. Kami telah menganggap Idah adalah sebahagian adik beradik kami. Diharap Idah juga begitu. Sebagaimana Allahyarham emak membela Idah sebagai anaknya yang disayangi begitulah kami semua. Tiada bezanya. So janganlah berkecil hati sekiranya ada perlakuan kami adik beradik yang tidak menyenangkan hati. Anggaplah semuanya sebagai gurauan kemesraan kita adik beradik......k... Lagi satu, idah patut boleh contact Yayah yang di London.... kita boleh terus live through internet.... zaman canggih ni semua boleh. So next gathering make sure Idah dapatkan Yayah untuk kita berlive supaya kita semua dapat mengikuti perkembangannya....

Yang paling sedih seorang anggota kita tidak dapat hadir. Adik Tina dan keluarga yang setakat ini kita tak pasti apa masalahnya. Anyway kita doakan agar beliau dan keluarga sihat-sihat. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepadanya. Insyallah pada gathering akan datang adik akan dapat bersama.

Sabar.... kita tak tau macamana anggapan dia pada kita. Setiap gathering tidak pernah hadir. Walaupun kita sudah anggap dia seperti adik beradik, tapi dia belum boleh bersama. Ye la... rambut sama hitam.... hati kita tak tau walaupun pada hakikatnya warna hati tu sama ajer.... merah gelapp.... betul tak...??? Kita biarkan lah dia dengan anggapan dia.... We look and see..... k...

Kepada anggota baru kita, Saiful selamat menyertai or be happy to joint the club. Belajarlah menyelami tradisi keluarga ini. Norin... belajor-belajor le ngomong Jowo. Jangan nanti Saiful yang lebih terror... he... he...
Juga kepada anggota yang separa baru, Intan, Shamsol dan Mawi terima kasih kerana tetap memberikan komitmen walaupun terpaksa mengambil cuti. Tapi tak per kan.... cuti-cuti Malaysia. Apa nak fikir kerja sangat..... Tinggalkan kerja untuk seketika and engjoy the holiday sambil berkenal mesra dengan keluarga. Korang pun sama jer.... belajor-belajor le Jowo comunication..... supaya boleh masuk corrum bila bersembang nanti... Sorry kita tetap comunicate Jowo among all of us..... he..he.... jangan rasa terumpat nanti..... YA ALLAH jauhilah kami dari perbuatan MENGUMPAT.... aminn.... Oops.... anak-anak kita pun tak tau bahasa Jawa...... So kena belajar juga.... he..he.. Kepada Mawi dan Yana, anda berdua sangat komitted, walaupun jauh di seberang Kuching bah.... sanggup terbang dengan balloon ke JB. Syabas..... Ada buat claim transport ker......????? isi borang and claim kat bank sendiri.......tapi pasti berbaloi......

Kepada tuan rumah DekLey, terima kasih atas layanan yang sangat high class. Makanan yang enak ala hotel, walaupun sederhana..... Woow.... delicious n mublous (betul ke ejaannya??)........ Tempat makan yang santai... dengan menggabungkan menus barat dan timur.... sungguh menyelerakan.... Tapi kita sudah lupa akan menu tradisi kita..???? tak pe.... tak pe.....mungkin pada gathering akan datang kita akan dapat merasai menu-menu tradisi tersebut. Contohnya.... punten or gaplek, ubi godok dengan sambel tomis kegemaran Allahyarham emak kita.... Agak-agak diantara kita masih ingat nak membuatnya....???? Walauapapun kita boleh mencuba..... So......... for the next shall we....??? Anyway.... ada juga ubi + sago puding..... it's new recipie.... sedaaapp... sampai tak cukup.... Dia pun saja buat sikit.... supaya menjilat jari.... nasib baik dapat juga kita rasa 3 mangkuk..... jangan maree.....

Kesimpulanya....

Gathering tahun ini sangat berjaya.... Syabas. kepada yang hadir dan juga yang sponsor... Kita dapat berkumpul beramai-ramai. Membaca yasin and tahlil untuk Allahyarham Emak kita. Dapat sembahyang berjemaah dan seterusnya dapat beramah mesra diantara kita seluruh keluarga HJ KUSNI. Bersembahyang berjemaah adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam kerana dengan berbuat demikian kita dijanjikan oleh Allah dengan 27 pahala. Mempereratkan silatulrahim juga begitu kerana tidak masuk Syurga bagi orang yang memutuskan tali silatulrahim. Oleh itu diharapkan kita semua dapat bekerjasama di masa akan datang ditem
pat dan masa yabng akan ditentukan nanti.


JADINYA......

KE MANAKAH KITA AKAN GATHERS NANTI...??????

ADA SUGGESTION......??.

ATAU VOUNTEERS.....???.

APAPUN SILA BUAT CADANGAN SECEPAT-CEPATNYA UNTUK BULAN JUN 2011...

SELAMAT BERJUMPA LAGI.......

WASALLAM....

.