UCAPAN SEMASA

asslalamualaikum...warohmatullah hiwabaro katuh....

Marquee Generator

Friday, September 3, 2010

FAMOUS AMOS COOKIES

2 cawan mentega
4 cawan tepong gandum
2 cawan gula halus
2 cawan gula perang
5 cawan oatmeal(dikisar halus)
3 cawan kekacang hancur -ikut suka jenis kacang(almong nip)
4 biji telur ayam
2 camca teh bicabonate soda
2 camca teh baking powder
1 camca teh garam
2 camca teh vanila
24 oz choc chips
18 oz.Masakan CADBURRY(diparut) atau choc.Rice

Cara-cara nya:

1.Pukul mentega dengan gula perang dan gula halus
2.Masukkan vanilla dan telor
3.Tepong gandum di ayak bersama baking powder dan bicabonate soda
4.Masukkan tepong,oatmeal dan garam
5.Masukkan choc.Chips,choc.Masakan(choc.Rice) dan kekacang
6.Bulat-bulatkan dan letak di atas dulang pembakar.Bakar selama-+10 min.dengan suhu biasa

p/s: komissen satu balang...kecik jadi lee.

Resipi Semprit Tradisional

1 tin tepong jagung(tin cap butterfly)
1 tin golden churn butter
1 tin gula halus
1 cawan tepong gandum
1 biji kuning telor
2 sudu besar susu cair
cerry untuk hiasan

cara-caranya seperti biasa

Wednesday, August 25, 2010

ATURCARA PERJUMPAAN KELUARGA HJ KUSNI BIN OMAR


content="Microsoft Word 12">

PERJUMPAAN HARI RAYA AIDIL FITRI

KELUARGA HJ KUSNI BIN OMAR

NO.B1 LORONG KARIMUN, TEBUK KENCONG, SUNGAI BESAR, SELANGOR


Tarikh: : 12hb September 2010 ( 3 Syawal 1431H)

Tempat : No. B1 Lorong Karimun, Tebuk Kencong.

Waktu : 8.00 pagi hingga 12.00 malam.


Aturcara:

5.5O pg - Sembahyang Subuh berjemaah (untuk yang sudah sampai)

8.00 pg - Sarapan bersama-sama

9.00 pg - Aktiviti Hari Raya bermaaf-maafan dan foto shoot.

Ucapan ketua-ketua keluarga

10.00PG- Mula bergerak beramai-ramai untuk ziarah


Sebelah malam:


7.30 mlm - Sembahyang Maghrib berjemaah

- Bacaan Yasin keluarga

- Tazkirah oleh Ayahanda/Embah

- Sembahyang Isya’ berjemaah

- Makan Malam / barberque



Cadangan ziarah ke rumah:

1. Cik Ijah

2. Hj Yusak (Kang Yasak)

3. Kak Endon

4. Cik Ros

5. Kak Ton

6. Kak Temi

7. Pak Mangin

8. Bok De Mon Parit 8

9. Hj Amri Parit 1 Sg Besar

10. Lek Yah Sungai Nibong

11. Kak Halijah Bt 38

12. Kang Hadith

13. Bokde Salbiah Sg Manila


Untuk makluman semua, diharap tiada keuzuran demi ukhwah keluarga kita. Sekiranya tiada baju Oren, tak apa. Itu tak penting. Yang penting kita semua dapat berkumpul dan anak cucu dapat bermesra kerana inilah masanya kita dapat bersama. Semoga dengan perjumpaan ini akan bertambah erat lagi tali kekeluargaan kita. AMIINNNN....


Jadual tertakluk pada pindaan.

Tuesday, August 24, 2010

IBU TERCINTA....

IBU TERCINTA….
ALLAHYARHAMAH HAJAH WASITAH BT PAILAN

SENTIASA SEGAR DALAM INGATAN

UNTUK TATAPAN ANAK-ANAK DAN CUCU-CUCU SEMUA….
ALFATIHAH…..

Sunday, August 8, 2010

MEMORI INDAH BERSAMA YG TERSAYANG

MEMORI INDAH BERSAMA IBU TERCINTA.....

Pada suatu malam yang hening. Tepat jam pukul 1.00 pagi. Seperti biasa emak akan mengejutkan aku untuk menemaninya pergi menyungkil kelapa. Waktu itu masih dalam cuti sekolah tapi aku tak ingat darjah berapa waktu itu. Aku akan menemani emak pergi menyungkil. Kami berjalan menuju tempat kerja iaitu di kedai Eng Teng (nama kedainya). Sepanjang jalan aku merasa seram sejuk. Maklumlah tengah malam yang gelap gulita serta senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik bersahut-sahutan.

Setibanya ditempat itu, emak mengambil bangkunya. Aku juga berbuat demikian dan terus duduk berdekatan dengan emak di satu sudut. Tanpa berlengah-lengah kami memulakan kerja. Emak sungguh cekap sekali berbanding dengan aku yang terkial-kial untuk menyungkil sebelah kelapa kering. Dalam masa tak seberapa minit emak sudah menghasilkan sebakul kelapa kering. Emak terus melakukan nya dengan tekun sekali.

Tiba-tiba, Tuk! Truk!..Tuk!.. Tuk!..Tuk!. Tuk...Tuk. Terkejut aku dibuatnya. Rupanya emak mengetuk tempurung kelapa pada kelapa yang masih tertiarap. Dia terus mengetuk beberapa kali.. Tuk! Tuk!..Tuk!.. Tuk! Tuk!..Tuk!.. Emak akan lakukan berulang-ulang kali. Selepas itu dia meneruskan pekerjaannya seperti biasa.

Selang beberapa minit tiba-tiba muncullah seorang demi seorang teman-teman emak yang biasa sama-saman melakukan pekerjaan ini. Lek Doayah datang dengan senyumannya yang menampakkan giginya yang jarang dan separuh rongak. Datang dengan menaiki basikal caboknya. Lek Minah yang kurus kering tetapi tetap gagah dan sihat serta anaknya (nama tak ingat) datang dengan berjalan kaki. Lek Nyamir (allahyahamah) dengan lenggang lenggoknya bersama anaknya Jumaiah (`Jom panggilan glamour di kampong) yang berambut kerinting, berbadan seksi dan berkulit sedikit gelap. Wak Surip (allahyarhamah) yang berbadan kecil dengan giginya yang agak rongak bersama kak Endon yang waktu itu masih belum kawin juga berjalan kaki sahaja. Seorang lagi yang kelakar orangnya iaitu Lek Katijah (allahyarhamah) juga datang dengan sanggul seciputnya serta tak lekang selendang di bahunya. Dia juga berjalan kaki kerana memang tak tau naik basikal. Barulah saya tahu, rupa-rupanya ketukan-ketukan tempurung yang emak saya lakukan itu tadi adalah untuk memanggil mereka-mereka semua. Sungguh bijak emak aku.

Di sebuah bangunan kayu (yang dipanggil `salian’) yang terdiri para-para kayu terletak ratusan biji buah kelapa yang telah dibelah dua dan disusun dengan rapi serta teratur. Dibawahnya pula disusun ratusan tempurung kelapa yang dibakar untuk menyalai kelapa-kelapa tersebut. Semasa kami sampai, kekadang masih terasa panasnya bahang api. Kelapa-kelapa itu disalai supaya senang untuk dicungkil. Disinilah emak dan teman-temannya melakukan pekerjaan saban malam untuk mencari sesuap nasi demi menyara kami adik beradik. Pekerjaan ini terpaksa dilakukan pada waktu malam kerana ia memerlukan cuaca yang sejuk untuk melawan dek kepanasan bahang api salian itu.

Emak dan teman-temannya asyik tekun menyungkil kelapa sambil bersembang-sembang antara satu sama lain. Dalam pengamatan aku, mereka memang sangat mesra dan akrab sekali. Setelah penat melakukan aktiviti, mereka berhenti berehat. Meraka akan berkumpul di satu sudut. Masing-masing mengeluarkan bekalan (bontrot) yang dibawa. Lek Nyamir dengan ulam-ulaman dan sambal belacannya maklumlah jaga badan katanya. Patutlah badannya segak dan seksi aje... Lek Katijah dengan masak lemak cili apinya. Wow... sungguh pedas sekali... “Orakla... Enak kok......Orak pedes la....” Itulah jawapannya sekiranya ada sesiapa mengomen masakannya. Bermacm-macam lagi juadah yang mereka bawa. Mereka makan bersama-sama dengan penuh kemesraan.

Setelah selesai menikmati bontrot-bontrot yang dibawa, mereka meneruskan pekerjaan. Mereka terus bersembang-sembang dengan mesranya. Dalam asyik bersembang tiba-tiba.....BROOOOOOOOOOT. Kedengaran bunyi menyelah kemesraan alam maya. “Apa tu..???”. Mencelah sesaorang daripada mereka. “He..he..he... ANGIN....angger orak metu yo sakit wetenge...” He...he....Jawab Lek Katijah. Rupa-rupanya dialah yang mengeluarkan gas beracun itu. Nasib baik racunnya tak mengancam ketenteraman awam. Itulah bahana memakan ulam pucuk ubi celor tadi... Mereka semua tertawa terbahak-bahak. Aku tertawa juga sehingga sakit perut melihat gelagat mereka semua.

Jam ditangan Kak Endon sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Kerja-kerja masih belum selesai dimana ada satu perempat lagi kelapa belum dicungkil. Dalam kedinginan subuh terdengar pula dentuman mercun yang dibakar dari arah rumah aku. Itulah bunyi isyarat yang buat oleh bapakku menandakan adikku bangun nak susu. Emak bergegas pulang untuk menyusukan adikku (adik Tina). Waktu itu tiada seorang dari kami yang menyusu botol kerana keadaan ekonomi yang begitu tidak mengizinkan. Selapas itu emak akan datang semula untuk menyelesaikan aktivitinya. Emak dan teman-temannya akan pulang sebelum waktu subuh.

Pada waktu paginya selepas bersarapan emak akan ke tempat itu semula untuk membuat sukatan pada hasil yang telah dikerjakan. Hasilanya akan disukat menggukan `pungkis’ sebuah bakuul khas. Pada waktu itu harga upah sepungkis hasilan hanya dua puluh sen. Seingat aku pada hari itu emak telah menghasilkan Sembilan pungkis yang berjumlah seringgit lapan puluh sen sahaja. Tak dapat aku bayangkan, nilai itu dengan keadaan ekonomi sekarang. Tapi aku berbangga dengan emak yang tersangat redha dengan apa yang dilakukan dan diperolehi.

Coretan ini hanya untuk mengingat kembali keindahan bersama EMAK yang tak dapat aku rasai lagi sekarang. Pengalaman yang sungguh indah, yang tak boleh dinilai dengan ringgit....yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat.....

Untuk anak-anak ku semua, ketahuilah... betapa susahnya hidup masa lalu. Dengan pengalaman ini boleh dikatakan hidup dahulu kala KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Makan dan pakai dengan apa yang ada sahaja. Tapi tetap bersyukur dan redha dengan apa yang telah berlalu.

Bersyukurlah, sekarang kalian hidup dikelilingi dengan kesenangan. Walaupun kita tak mewah tapi kita boleh dikatakan senang. Ambillah pengalaman ini sebagai panduan dan teladan.

YA ALLAH..... KAU ampunilah dosa-dosa ibu ku....sekiranya ada....

Tempatkanlah dia ditempat yang sewajarnya............. Amin.....

OH EMAK...... AKU RINDU PADAMU......

AL-FATIHAH...........

Tuesday, July 27, 2010

BAHASA JIWA BANGSA

Keluarga kita adalah warganegara Malaysia.
Bahasa rasmi adalah Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu).
Agama kita adalah Islam.
Akan tetapi harus DIingat bahawa kita semua adalah berketurunan JAWA. Asal usul kita adalah dari Pulau Jawa Indonesia. Datuk dan nenek kita adalah keturunan Jawa. Kita janganlah merasa malu dengan keturunan kita. Sebaliknya kita harus berbangga kerana kita dilahirkan dalam kelumpuk Rumpun Melayu dimana kita dalam kelumpuk ini, walaupun kita berketurunan Melayu atau Indonesia, kita adalah dalam Kelumpuk Rumpun Melayu. Walau apapun, kita tidak seharusnya melupakan bahasa ibunda kita, iaitu Bahasa Jawa. Kita harus berbangga kerana kita hidup dengan banyak budaya dan bangsa. Olehitu, marilah kita belajar bahasa Jawa.
Wahai anak-anakku sekalian... belajarlah bahasa ibunda ini... agar ia tetap segar dan tak lapuk dimakan zaman....

Monday, July 19, 2010

SEJARAH HJ KUSNI DAN KELUARGA..

DI CERITAKAN SENDIRI OLEH BAPAK KUSNI PADA 22/6/2010

ATUK bapak Kusni bernama HASSAN ANWAR..berasal dari Ngeterap , Kecamatan Wonoasri,Pengelin, Jawa Tengah.Indonesia (tidak berapa pasti)

Hassan Anwar mempunyai 4 orang anak
1. MOHD OMAR dalam IC anak2 di kenali sebagai Omar (nama sebenar) bapak pada bapak Kusni
2.MOHD OSMAN
3. ALI OSMAN
4. MOHD TAMSIR

Ali Osman merajuk dan keluar rumah dan tidak di ketahui kemana. Mohd Tamsir juga tidak di ketahui di mana.

Sejarah bermula apabila Mohd Osman adik ke dua Mohd Omar juga bapa saudara kepada bapak Kusni pergi meninggalkan Indonesia dan merantau ke Singapura untuk mencari pekerjaan. Di Singapura beliau bekerja secara Kontrak dengan setahun tanpa gaji. Setelah tiga tahun bekerja, beliau telah melarikan diri merantau ke sebuah perkampungan di tepi pantai (tidak di ketahui dimana sebenarnya). Di sini beliau telah di ambil sebagai anak angkat kepada satu keluarga nelaya.Beliau bekerja sebagai nelayan dengan keluarga ini. Di sini juga beliau telah di kahwinkan dengan anak keluarga angkat beliau. Dari perkahwinan ini beliau mendapat seorang cahayamata (tak tahu jantina dan di mana anak ini sekarang). Dari sini beliau telah pergi ke Negeri Perak dengan meninggalkan isteri dan anak beliau mengikut kawannya. Dari perak beliau pergi ke Sabak Bernam.

Di Sabak bernam Mohd Osman telah meneroka tanah bersama dengan kawan beliau yang bernama Hassan Sarjo. Beliau telah berkahwin dengan anak kepada Hassan yang bernama Sarbinah. Dengan perkahwinan ini beliau mendapat 6 orang anak ia itu;
1. Ahmad Ansor (pak amat cik masi)
2. Sariah
3. Mukiban (pak muk)
4. Watini
5. Jemangin (Pak Mangin)
6. Sarwan

Mohd Osman telah balik ke Indonesia semula untuk menjemput abang beliau Mohd Omar ( Embah kita) untuk datang ke Malaysia. Mohd Omar telah berkahwin dengan Muskinah dii Indonesia. Semasa di Indonesia mereka telah mempunyai 6 orang anak;
1. Hayaton
2. Kosnan
3. Supaat
4. Supinah
5. Abu Yamin
6. Sujinah

Mohd Omar telah membawa 4 orang anaknya ( Supaat, Supinah,Abu Yamin dan Sujinah) keMalaysia. Hayaton tidak dapat ikut kerana telah bersuami dan Kosnan di tinggalkan bagi menemani Hayaton. Mohd Omar berjanji akan mengambil mereka apabila mereka sudah stabil di Malaysia tetapi tidak di tunaikan janjinya sehingga akhir hayat.Mungkin sebabkan masaalah ekonomi.

Setahun tinggal di Malaysia, lahirlah ayahanda kita Kusni pada bulan September 1926. Selepas itu lahir pula Hairuddin dan Rubiyah menjadikan anak Mohd Omar kepada 9 orang;

1. Hayaton
2. Kosnan
3. Supaat ( Pak de pangat)
4. Supinah (Bok de Pi)
5. Abu Yamin ( Pak De Min)
6. Sujinah ( Bok de ji)
7. Kusni (bapak)
8. Hairuddin ( Pak Ron)
9. Rubiyah ( Lek Yah)

Di Batu 8 Sabak Bernam Mohd Osman dan Mohd Omar telah memawah kebun orang. Pada zaman itu upah pemawah adalah mendapat separuh dari keluasan tanah tersebut apabila habis tempoh memawah. Hasil dari pawahan tersebut mereka telah mendapat beberapa ekar kebun di bt 8. Kebun tersebut telah di jual oleh Mohd Osman dan di belikan kebun di Tebuk Kencong. Kebun tersebut adalah kebun yang cik masi dan pak Mangin punya sekarang. Mohd Omar tidak mendapat apa2 bahagian. (p/s..tu ler sebab kenapa bapak kusni kata kalau nak ikutkan tanah cik Masi tu pun dia ada share kalau nak pakai buat jalan..sebab embah Omar tak dapat apa2 hasil dari usaha sama dengan embah Osman)..just untuk pengetahuan sahaja..tak bermaksud nak tuntut apa2..

Mohd Omar (embah kita) telah memajak tanah berkongsi dengan anaknya Supaat..tanah kepunyaan Pak Toha.Hasil dari pajakan tersebut mereka mendapat sekeping tanah. Tanah tersebut telah di jual dan di belikan tanah lain juga di buat mengahwinkan Supaat dan Supinah ( Jual tanah dapat tanah dan 2 menantu).

CERITA SIKIT PASAH EMBAH PEREMPUAN

Nama sebenar adalah MUSKINAH BINTI HASBI
HASBI bin ISMAIL . ISMAILi adik beradik dengan Ali.
HASBI seorang tokoh agama yang mempunyai pondok sendiri. Bapa beliau Ismail dan adiknya Ali adalah keturunan ke 12 Nabi kita Mohammad SAW..InsyaAllah..(hanya untuk pengetahuan bukan untuk bangga diri...)

Mohd Omar seorang yang miskin, tidak ada harta. Beliau hanya belajar agama dari satu pondok ke satu pondok untuk menuntut ilmu agama. Dalam pengembaraannya menuntut ilmu beliau telah bertemu dengan Hasbi di pondoknya. Hasbi telah menjodohkan Mohd Omar dengan anaknya MUSKINAH.

Hasbi ada mempunyai sepupu yang bernama Sobingah (bapak mereka adik beradik..tak tahu siapa nama2 mereka).

Sobingah ada seorang anak bernama Dasuki atau lebih di kenali dengan nama Tahir.Muskinah telah menyusu dengan Sobingah menjadikan Tahir dan Muskinah adik beradik susu. Dasuki/Tahir telah berkahwin dengan Rodziah. Mereka berdua adalah ibubapa kepada Nafisah (cik nafisah Batu Pahat).

Semasa Bapak Kusni berumur 7 tahun ia itu pada tahun 1933, beliau telah di bawa oleh Supaat ke Batu Pahat .Supaat menggunakan duit hasil jualan kebun pawahan yang di bahagi dua dengan bapaknya mohd omar dengan membeli sedikit kebun di Parit Rasipan dan di sini beliau berkahwin dengan Noriah binti Kasimin. Sepanjang di Batu Pahat Bapak di bela dengan Rodziah dan membesar bersama Nafisah.
Kusni dan Nafisah sangat akrab seperti adik beradik dan semasa Nafisah berkahwin dengan Mohamad Hj Nawawi, Bapak kusni di Khatankan dalam majlis yang sama.


DI SAMBUNG PADA 23/6/2010

Setelah sepuluh tahun di Batu pahat di bawah jagaan Rodziah, Jepun telah menakloki Malaysia. Pada masa itu kehidupan sangat susah. Penduduk kena menggunakan kupon untuk membeli beras.Harga beras terlalu mahal pada zaman itu. ABu Yamin telah menghantar surat kepada Supaat supaya balik keSelangor dan membawa keluarganya dan Bapak Kusni sekali.Setelah 2 tahun di dalam jajahan Jepun iaitu pada tahun 1945 bapak kusni dan keluarga Supaat telah balik ke Selangor.

Teramat susah untuk mendapatkan kebenaran balik keselangor dari kerajaan Jepun. Supaat kena menaiki lori yang membawa Babi untuk ke batu pahat bagi mendapat surat kelulusan berpindah.

Bapak Kusni dan Supaat telah menaiki keretaapi dari Keluang ke Kuala lumpur seterusnya bertukar keretapi keTapah dan ke Teluk Intan.

Bapak balik ke Selangor pada usia 19 tahun. Beliau membuat pelbagai kerja kampung. Di Selangor beras senang sebab di tanam sendiri ( tak payah beli). Antara kerja bapak adalah membuat gula kelapa. Bapak kena memanjat pokok kelapa setiap hari hingga suatu hari beliau telah terjatuh dari pokok kelapa. Patah tangan kiri..Bengkok hingga sekarang.

Bapak telah merantau ke Sejangkang Kelang untuk menuntut Ilmu agama di pondok Pak Kiai Ali selama 4 tahun. Bapak belajar Ilmu Nahu dan seterusnya Ilmu Fardu Ain. Semasa di Sejangkang Embah Mohd Omar menulis surat kepada beliau menyuruh balik ke Sabak Bernam . Semasa balik beliau di beritahu untuk di kahwinkan dengan WASITAH BINTI PAILAN. Bapak meminta tempoh untuk menyambung pengajiannya. Setelah setiap minggu di kirimkan surat supaya balik kawin, bapak balik untuk bertunang dan mintak tempoh setahun sebelum bernikah kerana ingin menamatkan pembelajaran. Bapak tidak tahu dan tidak pernah berjumpa bakal isterinya.

Selepas setahun bertunang bapak bernikah dengan Wasitah.Pada masa itu bapak berumur 21 tahun ( tahun 1947) , Pada masa itu emak Wasitah baru berusia 9 tahun. Selepas bernikah bapak meminta tempoh lagi setahun untuk ke Sejangkang menamatkan belajar dan selepas setahun bernikah barulah bapak dan Emak Wasitah tinggal bersama.Cahayamata pertama mereka lahir semasa Emak Wasitah berusia 13 tahun dan di namakan Khairiah .Setahun kemudian lahir cahayamata kedua yang di namakan Umi Kalsom. Di sebabkan emak masih terlalu muda dan jarak kedua anak terlalu rapat, Khairiah telah di jaga oleh Embah FAtimah, emak kepada Embah wasitah.


SIAPAKAH WAK DOLLAH DAN ANAKNYA KAK CENING DENGAN KITA.

Wak Dollah adalah anak kepada Razak.
Isteri pada Razak ini (Wak mur kot) adalah sepupu kepada Embah Omar .
Jadi kita ni adalah 3 pupu dengan kak cening..begitulah


Pertalian ini sama dengan WAK JENAL, SUPINAH SRINGATON YANG DULUNYA TINGGAL SI SEPINTAS SB..SEPUPU..SEPAPAT DENGAN EMBAH OMAR..

SEKIAN LAH CERITANYA SERBA RINGKAS UNTUK PENGETAHUN ANAK2..CUCU2..CICIT...HJ KUSNI

SALAH SILAP HARAP DI MAAFKAN.

WASSALLAM


DI CATIT OLEH SITI JUARIAH KUSNI



NASAB KETURUNAN

Inilah Nasab Keturunan Keluarga kita seperti yang beritahu oleh Bapak Kusni kita......
Sila baca dengan teili dan kita semua renung2kan lah.......

1. XX................?
2. SITI FATIMAH
3. SAIDINA HUSAIN
4. SAIDINA LAHU DAKIR
5. SAIDINA SAMA DAKIR
6. SAIDINA ABU YAMIN
7. SAIDINA SAMAUN
8. SAIDINA JAMAL KUBRO
9. SAIDINA MAULANA IBRAHIM
10. SAIDINA SUNAN GIRI
11. SAIDINA SUNAN MADZRABI
12. SAIDINA PANGIRAN SEMENDI
13. SAIDINA DONO PURO
14. SAIDINA AHMAD
15. SAIDINA NOR RAHMAT
16. SAIDINA ALI
17. EMBAH MOHAMAD HASBI
18. IBU MUSKINAH (EMBAH KITA ISTERI EMBAH OMAR)
19. KUSNI (NAMA SEMASA KECIL MUHAJIR)

Ini lah yang saya terima dari bapa... Nama yang PERTAMA (1) sekiranya nak tahu..... sila berhubung dengan saya.... Nama ini tak perlu ditulis kerana takut akan menimbulkan cerita yang tidak sedap didengar dan syak wasangka. Tentang kesahihan salasilah ini.... kurang pasti...
Walauapa pun.... kita jangan lah berbangga dengan salasilah ini..

HANYA UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA.

Sekiranya benar semua ini, tak perlulah kita hebah2kan kepada orang lain. Cukuplah untuk pengetahuan kita adik beradik. Bapak ada berpesan dua perkara:

1. JANGAN HEBAHKAN PADA SESIAPA KECUALI ADIK BERADIK.
2. SEKIRANYA BELIAU MATI, JANGAN ADA YANG MINTA SEDEKAH. (letak bekas untuk duit derma), sebab keturunanNYA tak boleh minta SEDEKAH kecuali bersedekah.

Bapa cerita ini selepas emak kita meninggal dulu. Dia tanya semasa mak meninggal tu ada letak bekas ker...??? Tak ingat pulak..... Tapi rasanya tak ada.

WALAUAPAPUN NASAB ATAU ASAL USUL KITA, KITA SAMA-SAMALAH MENJAGA ASAL USUL KETURUNAN KITA, MEMPERERATKAN TALI SILATULRAHIM ANTARA KELUARGA. JANGAN LAH KITA SEMUA ADA SIFAT-SIFAT IRIHATI, DENGKI DAN SEBAGAINYA SUPAYA KITA AKAN SENTIASA HARMONI DALAM SATU KELUARGA...INSYALLAH.... AMIN......

INILAH SAHAJA UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.


UNTUK PEPRHATIAN:

POST INI HANYA SEMENTARA.... AKAN DI DELETE SETELAH SEMUA ADIK BERADIK TAHU....OK.......

Sunday, July 18, 2010

DEMI MEMPERKUKUHKAN PERTALIAN.


"Assalamualaikum....
Wahai anak-anak ku....
Dalam blog ini mama akan cuba catatkan peristiwa2 yang telah berlaku dalam keluarga kita untuk dikenang, sebagai panduan dan tauladan .......
Utk adik beradikku marilah kita sama2 mengingat kembali masa2 lalu bersama orang2 yang kita sayangi dan telah pergi buat selamanya..... dan saudara mara semua, marilah kita saling merapatkan tali silatuirahim...... SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA SALING BERHUBUNG DEMI MENGERATKAN LAGI IKATAN TALI PERSAUDARAAN..... AMIN....

Thursday, July 8, 2010

SELAMAT DATANG


Assalamualaikum....

Hari ini saya memulakan blog ini untuk kegunaan keluarga saya.