UCAPAN SEMASA

asslalamualaikum...warohmatullah hiwabaro katuh....

Marquee Generator

Thursday, April 19, 2012

HARI YANG MEMBUAT KU SENTIASA MENGINGATI MU IBU....




Tujuh belas tahun berlalu.... lebih kurang jam 1.00 tgh..... 20hb.April 1995

Pada hari ini aku masih teringat.....
Ketika itu aku sedang lena tidor dipejabat, waktu rehat..... deringan telefon mengejut kan aku... berita yang ku terima amat meluluhkan seluruh jiwa ragaku.. 

Pada hari ini aku masih teringat....
Aku seakan hilang haluan.... untuk memandu kereta sendiri kerana suami tercinta jauh mencari rezeki di negeri orang.  Setelah mendapat berita ini suami bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan kami dan pulang bersama ke kampung.  Tetapi sementara itu akau bergegas ke Hospital Seremban untuk melihat sendiri keadaan ayah yang sama-sama kemalangan.

Pada hari ini aku masih teringat.....
Setibanya di Hospital, ibu tiada disisi ayah ku yang kelihatan amat kritikal waktu itu.  Ibu sudah dalam perjalanan ke kampung halaman di kampung Parit Enam Kencong bersama kak Long.  Ibu sudah tiada.......meninggalkan  kami untuk selama-lamanya.... Dalam keadaan kritikal ayah menyuruh aku mencari ibu.  Di wad mana ibu berada?  Oh... tidak terucap untuk ku sampaikan berita buruk ini kepada ayahku.  Ketika itu yang berada disisi ayah ialah adik JU bersama suaminya.  Dia sibuk menguruskan untuk membawa ayah ke Hospital Kuala Lumpur.  Aku tinggalkan ayah bersamanya dan pulang kerumah ku mengambil anak-anak serta suami yang baru pulang dai Lumut untuk menyusuli ibu balik ke kampung halaman.

Pada hari ini aku masih teringat....
Setibanya di kampung sekitar jam 1.00 pagi, rumah nenek dimana Jenazah ibu ditempatkan penuh sesak dengan kehadiran jiran-jiran kampung untuk menziarah.  Kedengaran launan bacaan Al-Quran menemani ibu yang terkujur baring diatas katil.. Aku mendapatkan ibu, mgucup dahi ibu.... dan masih terasa sehingga kini dejuknya dahi itu.....ibu sudah dimandikan oleh jiran-jiran serta kak Long.  Kelihatan wajah ibu yang tenang dan seakan-akan tersenyum.  Kami bergilir-gilir membaca Al-Qur'an.... sehingga ke pagi.

21hb April 1995
Ingatkah wahai anak-anak ibuku.....
Kita tujuh beradik sama-sama mengkapankan jenazah ibu dibantu oleh seorang yang lebih arif tentang urusan ini.  Sejuk dan kaku tubuh badan ibu...... Wajah ibu yang seperti tersenyum melihat kami menguruskannya..... Selapis demi selapis kain kapan menyelubungi tubuh ibu...... Ibu disembahyangkan kira-kira jam 10.00 pagi.  Selepas itu kami terus mencium dan mengucup dahi ibu sorang demi seorang buat kali terakhir....

Ingatkah wahai anak-anak ibu....
Ketika ibu di usung ke tanah perkuburandi belakang Masjid Tebuk Pulai... Ramainya orang mengiringi Jenazah IBU....Terlalu ramai yang mengenali ibuku... Menurut orang kampungku dianggarkan 200 orang mengiringi jenazah ibu ke tanah perkuburan.  Ibu dikebumikan dan ditalkinkan.... selepas itu kita semua meinggalkan IBU kesaorangan didalam kubur........ Kita semua tinggal ibu.... 

Tahukah wahai anak-anak IBU....
Sehingga kini,  jiran-jiran, teman taulan, dan kenalan-kenalan ibu berkata, IBU seorang yang baik, seorang yang peramah dan berbudi perkerti mulia. Sehingga kehari ini.... apabila bertemu dengan orang kampung atau kenala-kenalan IBU, pasti mereka akan mengimbau kembali saat-saat manis bersama IBU...

22hb April 1995
Ingatkah wahai anak-anak IBU....
Berita kemalangan IBU keluar di dalam Akhbar Utusan Malaysia... Aku membacanya dan menyimpanya sehingga kini.  Masa itu ayah belum mengetahuinya dan asyik bertanyakan tentang ibu.  Menurut ayah ibu berlegar di tingkap sebelah katilnya di Hospital Besar Kuala Lumpur ketika itu.  Tak tahu macamana nak beritau ayah ketika itu...  

20hb April adalah hari keramat buat aku anak IBU.... sehari sbelum tibanya tarikh ini aku pasti akan mengingatkan adik-beradikku.... takut-takut mereka lupa dek kesibukan duniawi ini.... Insyallah aku tidak akan melupai tarikh ini... IBU.....

IBU.... kami rindu senyuman mu.... kami rindu pelukkan mu..... Anak-anakmu sentiasa mendoakan kebahagiaan IBU disana...... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh IBU dan Allah tempatkan IBU bersama-sama orang-orang yang beriman...  Amiiiinnn...

AL-FATIHAH...


.

KERATAN AKHBAR 22/4/1995.... tiga hari selepas kemalangan....

Masih teringat... caca 20hb April 2012...


Sunday, April 1, 2012

SWEET BUN

500gm High Protien Flour
100gm caster sugar
2 egg
50gm butter
8gm dried yeast
5gm salt
5gm bread improver
250gm cold water

Steps:

mix all the ingredients....