UCAPAN SEMASA

asslalamualaikum...warohmatullah hiwabaro katuh....

Marquee Generator

Tuesday, September 27, 2011

MY CHOCOCHEESE CAKE RECIPE


MY CHOCOCHEESE CAKE RECIPE

bahan2
1 cawan planta
2 cawan gula kastor
5 biji telur
1 tin susu cair
1 s/teh esen vanilla
1 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 s/teh soda bikarbonate
1 s/teh baking powder
bahan cream cheese
1 ketul philadelphia cream cheese
1/2 cawan gula
1 biji telur
Cara2
1. Putar planta + gula sampai gebu
2. Tambah telur, susu n esen vanilla dan putar sebati
3. Ayak semua bhn kering sebelum dimasukkan sedikit sedikit ke dalam adunan planta dan putar lagi hingga sebati
4. Tuang adunan dlam loyang yg disapu planta.
5. Putar adunan cheese sampai kembang
6. Tuang dlam loyang adunan kek dan kacau sedikit guna garfu
7. Kukus 1 jam

Wednesday, September 21, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

Hari ini tanggal 21hb September adalah hari ulang tahun kelahiran dua orang putera ku Mohd Nizar Bin Kamaruzaman (1997) dan Muhammad Edzham bin Kamaruzaman (1999).  Kedua-duanya lahir pada tarikh, masa dan waktu yang sama.  Cuma berlainan hari dan tahun sahaja.  Kedua-duanya dilahirkan pada remang-remang waktu maghrib tepat jam 7.00 - 7.01mlm di hospital Alor Star.  Kedengaran laungan azan dari masjid Zahir Alor Star berkumandang sejurus anak-anak ini dilahirkan.




 Mohd Nizar (abang) dilahirkan pada jam 7.00 malam dengan berat timbangan 4.00kg.  Berkulit agak gelap dan kebiruan, anakku ini dilahirkan normal walaupun mengalami komplikasi `placenta pavior' pada kandungan minggu ke 32 dimana terpaksa duduk di wad selama dua puluh hari.  

Setelah berusia enam bulan, anakku ini didinogsis mengalami penyakit `Thalasemia'.  Subhanallah.....  rasa jatuh jantungku waktu mendapat tahu keputusan ujian darah yang dilakukan walaupun memang telah dijangka akan berlaku. Tetapi aku tetap bersyukur dan redho dengan ujian yang Allah kurniakan ini.

Hari ini genaplah usianya empatbelas tahun.  Wah.. dah remaja anakku ini.  Cukup pandai bergaya dalam apajua situasi.  Warna kesukaan hitam.  Amat fasi bila memilih pakaian.  Suka kelihatan simple dan elegen.  Sentiasa kelihatan kemas dan bergaya.  Aduuhhh...

Pasal makan cukup susah.  Sentiasa memilih apa menu apabila yang hendak makan.  Lauk kegemaran sudah semestinya `ayam' goreng dan sup cendawan campur labu air.  Menu baru dijumpai `bakso'.  Nak jadi anak Indon agaknya. 

Tentang  pelajaran, boleh tahan juga walaupun selalu ponteng sekolah kerana kesihatan tidak mengizinkan.   Adakalanya terpaksa berulang alik ke hospital.  Tetap bersemangat  walaupun dah downgrade dari Sek Berasrama Penuh (MRSM) ke sekolah harian, demi mencapai cita-citanya.  Setahun yang lalu, anakku ini bersekolah di MRSM Lenggong.  Oleh kerana terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling, kawan-kawan sebaya yang tidak memahami keadaannya juga guru-guru yang tidak langsung memberikan komitmen dan tidak peka tentang keadaannya, maka sebulan yang lalu dia terpaksa keluar.  Setelah setahun setengah berada di MRSM anakku ini terpaksa melakukan `transfussion' sebanyak lima kali kerana terlalu tertekan (mantle toucher) dan keletihan.  Walaupun berat dihatinya untuk meninggalkan sekolah yang menjadi impiannya sebelum ini, terpksa akur dengan keadaannya yang tidak boleh lagi menahan menggung beban.  Walauapapun saya tetap bersyukur, dengan semangat wajanya anakku ini tetap berusaha untuk memajukan dirinya di sekolah harian yang didudukinya sekarang.  Sehingga kini masih tak tau apa yang dicitakan dan masih belum pasti akan kerjaya yang sesuai untuknya.


Muhammad Edzham (adik) dilahirkan jam 7.01 malam di katil dan hospital yang sama.  Semasa dilahirkan berat nya 4.50kg.  Wow..beratnya... tapi alhamdulillah... dilahirkan normal tanpa sebarang komplikasi.  

Kini genaplah usianya duabelas tahun.  Tak sabar dah nak buat `Mykad'.   Anak yang boleh dikatogerikan sebagai pintar.  Pintar segala-galanya.  Ha..ha.... nasib baik tak pandai memutar belit....

Tentang makan, wow.... tiada pantang larang.  Apa yang terhidang semuanya sedap belaka.  Makan semahunya.  Tengoklah badannya, comel dan montel.  Tengok pandai pulak nak sorok kemontelannya.  Tentang berpakaian, juga tidak memilih.  Yang susahnya, tiada saiz.  Ha..ha.... Saiz kanak-kanak, jauh sekali.  Saiz dewasa.... mak oi... malu nak sebut saiznya...hampir sama dengan saiz ayah dia. Jadi macamana nak bergaya???   Tapi tetap bergaya juga.  Warna kegemaran `Biru'.  Walau apapun... harap-harap untuk sementara saja.




Tentang pelajarannya..... bolehlah tahan.  Kalau periksa, semua gred ada. Dari A,B dan C.  Nasib baik tak ada D.  UPSR???? tak tau lagi....  Cita-citanya nak jadi `Doktor'.  Boleh ker....??  Insyallah... semoga Allah memberkati usaha-usahanya dan akan berjaya dengan cermerlang.  
Wahai anak-anakku.  
Kaulah harta yang aku ada didunia ini.  Mama sentiasa mendoakan semoga kalian akan berjaya di Dunia dan di Akhirat.  Jadilah insan yang mulia disisi Allah.  Sentiasalah mencari keredhaan Allah dalam apa jua perbuatan akan kita lakukan. 

Semoga Allah menguniakan taufik dan hidayah kepada kalian.  Amiinnn.


21hb.September 2011.






























Wednesday, September 14, 2011

ANJUNG AYU: KEK CEREMAL

ANJUNG AYU: KEK CEREMAL: KEK CEREMAL bahan2: (A) 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus) *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wr...

KEK CEREMAL

 KEK CEREMAL
 
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm

nampak mcm byk je bahan dia. tp sebenarnya senang sgt. ila main belasah je pun jadi.


titipan: Noor Halilah Halim.