Hari ini tanggal 21hb September adalah hari ulang tahun kelahiran dua orang putera ku Mohd Nizar Bin Kamaruzaman (1997) dan Muhammad Edzham bin Kamaruzaman (1999). Kedua-duanya lahir pada tarikh, masa dan waktu yang sama. Cuma berlainan hari dan tahun sahaja. Kedua-duanya dilahirkan pada remang-remang waktu maghrib tepat jam 7.00 - 7.01mlm di hospital Alor Star. Kedengaran laungan azan dari masjid Zahir Alor Star berkumandang sejurus anak-anak ini dilahirkan.
Mohd Nizar (abang) dilahirkan pada jam 7.00 malam dengan berat timbangan 4.00kg. Berkulit agak gelap dan kebiruan, anakku ini dilahirkan normal walaupun mengalami komplikasi `placenta pavior' pada kandungan minggu ke 32 dimana terpaksa duduk di wad selama dua puluh hari.
Setelah berusia enam bulan, anakku ini didinogsis mengalami penyakit `Thalasemia'. Subhanallah..... rasa jatuh jantungku waktu mendapat tahu keputusan ujian darah yang dilakukan walaupun memang telah dijangka akan berlaku. Tetapi aku tetap bersyukur dan redho dengan ujian yang Allah kurniakan ini.

Pasal makan cukup susah. Sentiasa memilih apa menu apabila yang hendak makan. Lauk kegemaran sudah semestinya `ayam' goreng dan sup cendawan campur labu air. Menu baru dijumpai `bakso'. Nak jadi anak Indon agaknya.

Muhammad Edzham (adik) dilahirkan jam 7.01 malam di katil dan hospital yang sama. Semasa dilahirkan berat nya 4.50kg. Wow..beratnya... tapi alhamdulillah... dilahirkan normal tanpa sebarang komplikasi.
Tentang makan, wow.... tiada pantang larang. Apa yang terhidang semuanya sedap belaka. Makan semahunya. Tengoklah badannya, comel dan montel. Tengok pandai pulak nak sorok kemontelannya. Tentang berpakaian, juga tidak memilih. Yang susahnya, tiada saiz. Ha..ha.... Saiz kanak-kanak, jauh sekali. Saiz dewasa.... mak oi... malu nak sebut saiznya...hampir sama dengan saiz ayah dia. Jadi macamana nak bergaya??? Tapi tetap bergaya juga. Warna kegemaran `Biru'. Walau apapun... harap-harap untuk sementara saja.
Tentang pelajarannya..... bolehlah tahan. Kalau periksa, semua gred ada. Dari A,B dan C. Nasib baik tak ada D. UPSR???? tak tau lagi.... Cita-citanya nak jadi `Doktor'. Boleh ker....?? Insyallah... semoga Allah memberkati usaha-usahanya dan akan berjaya dengan cermerlang.
Wahai anak-anakku.
Kaulah harta yang aku ada didunia ini. Mama sentiasa mendoakan semoga kalian akan berjaya di Dunia dan di Akhirat. Jadilah insan yang mulia disisi Allah. Sentiasalah mencari keredhaan Allah dalam apa jua perbuatan akan kita lakukan.
Semoga Allah menguniakan taufik dan hidayah kepada kalian. Amiinnn.
21hb.September 2011.
No comments:
Post a Comment