UCAPAN SEMASA

asslalamualaikum...warohmatullah hiwabaro katuh....

Marquee Generator

Monday, August 13, 2012

29th ANIVERSARY....

Semalam 12hb Ogos 2012 genap 29 tahun ulang tahun perkahwinan.  Memang tak pernah kami sambut pun selama ini sebab selalu terlupa tarikh keramat ini.  Tapi entah kenapa sejak minggu lepas lagi aku teringatkan tarikh ini dan cuba mengingatkan seseorang... Dia membalas dengan senyuman jer.. tak kata apa2 pun....n aku pun tak mengharap apa2.  So dalam hati kecil ku..` just foget it' org tak respond... nak buat macam mana?

Yang bagusnya, tarikhnya jatuh pada bulan Ramadhan pula.  Jadinya bila teringat usia perkahwinan yang sudah menghampiri 30 tahun.. rasanya umur pun dah semakin tua.  So memang dah sedar pun....kena banyakkan beribadat di bulan2 puasa ni dan seterusnya kerana tarikh kematian kita, hanya Allah sahaja yg mengetahui....

Semalam juga kami keluar dengan tiga orang anak yang masih tinggal dirumah tu.  Yang tiga lagi dah merantau dengan haluan masing-masing.  Pergi `window shopping' kononnya, disekitar bandar Manjung jer... Bagi aku dah cukup lah, tak payah pergi KL... kerana di Manjung pun ada Tesco, Giant, Billion dan Jusco yang masih dalam pembinaan.  Tapi hangus juga poket orang tu dikerjakan anak-anaknya membeli persdiaan raya. Untuk saya??? Masih tak dapat2 lagi.... sebab susah juga nak cari yang sesuai dengan `taste' saya ni... he.he....memilih juga rupanya....

Selepas keluar dari shopping komplek... ingatkan nak terus balik.  Tapi ada orang tu singgah ke satu kedai yang tak dalam list shopping aku.  `Terkkejut juga'...  Pergi kat kaunter pameran... siap suruh pilih yang mana satu berkenan... Yallah... adakah ini satu ujian atau satu rahmatMU.. Terkedu seketika... Tengok harga memang saya tak mampu... almaklumlah zaman sekarang... So tak berani nak pilih... ikut suka dia lah nak pilih yang mana satu...  Cuba satu persatu dengan bantuan anak-anak yg dua orang tu... masing-masing memberi pandangan dan sokongan.  Anak yang sorang tu tengok jer dari jauh....Yallah... ini yang dipilih.... memang yang saya berkenan...  Tapi tidak pernah saya meminta barang yang sebegini rupa.. Memang tahu kita tak mampu... Walau apapun... saya suuuuka sangat.... bukan kerana ianya mahal tapi.. sebab dapat hadiah dari orang itu.... bukan senang nak dapat tau.....

Selepas selesai urusan pembelian terus pergi ke Pekan Lumut.  Masuk kedai Al Ehsan kerana anak-anak teruna aku ni nak membeli kasut.. Aduhh... sekali lagi.... harganya mahal2 juga... tapi apa nak buat, kena beli yang mereka suka dan puas hati.  Rabak lagi poket orang tu....

Balik kerumah... hati ku berbisik2... apa yang harus aku buat untuk menyenangkan hati orang tu kerana selama bulan Ramadhan ni kami berbuka di Masjid jer... So pikir2 baik aku masak saja.  Tak berlengah-lengah lagi terus keluar ke pasar mencari barang2 untuk dimasak.  So balik terus masak ler... Menu nya.. Cencaru bakar sambal belacan, Ikan Kukus n asam pedas daging... sayur ulam salad jer dengan air bandung ais cream soda........Kuehnya.. tepung bungkus beli kat pasar ramadhan.....

Waktu bbuka nampak berselera orang tu juga anak2 makan sampai habis nasik.  Yallah....seronoknya tengok dia orang makan.... berebut2 n tangan bersilang2 ambil lauk pauk....tapi dah seronok sangat sampai tlupa nak amik gambar menu-menu yang aku masak tu....mabless walaupun simple..

Ini jer ler cara saya celebrate `aniversary' yg julong2 kalinya... walaupun tak de kek besar, tak de `candle light'.. tapi puas hati kerana  semuanya saya beli n masak sendiri.

Walauapapun saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan seseorang yang amat penyayang.  Yang amat bersabar dengan kerenah saya dan anak-anak walaupun  kekadang tu terasa juga saya ni mungkin keterlaluan.  Tapi harap2 dia memahami hati ini yang terlalu sensitif n cemburu.  Dan rasanya tidak salah kalau berperasaan begitu kerana sudah tentu dia tahu kenapa....he..he... aduuhh... jiwang juga saya ni...

ok lastly saya nak ucapkan `HAPPY ANIVERSARY ' pada kita berdua.....Semoga apa yang Allah kurniakan kepada kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat... dan bahagia di dunia dan di akhirat... aminn...

 agak2 tahun depan genap 30tahun .. emmm.... dapat apa yer..???

13.08.2012






No comments:

Post a Comment