UCAPAN SEMASA

asslalamualaikum...warohmatullah hiwabaro katuh....

Marquee Generator

Tuesday, January 3, 2012

CHAIYOK DIAMOND COTTAGE.....TANGKAK, MUAR JOHOR....D'AMBANG 2012



ASSALAMUALAIKUM.....
Alhamdulillah.... dengan izin ALLAH subhanahuwa TA'ALLA... kita dapat mengadakan perjumpaan ini buat kali ke 6... kalau tak silap... Semuanya seperti telah dirancang dengan rapi walaupun perjumpaan ini dibuat dengan `short notice'.. Tiada mesyuarat dan tiada perjumpaan khusus untuk membincangkannya. Alhamdulillah... SYABAS kepada semua anggota KELUARGA HJ KUSNI yang masing-masing dapat memberi kerjasama dan melapangkan masa untuk menjayakan majlis ini.

Seawal pagi masing-masing bertolak dari kediaman menuju ke destinasi iaitu ke Banglow Diamond Cottage, Bandar Baru Tangkak, Johor.  Saya ingat, saya lah orang yang paling awal sampai.  Rupa-rupanya kak Mariah dan keluarga sampai lebih awal dari Sungai Besar Selangor.  Diikuti dengan keluarga kak Long dan keluarga dari Paya Jaras, kak Umi dan keluarga dari Kelang, dan Adik Ley (Shamsul) serta keluarga dari Johor Baharu.  Saya dari Manjung dan anak-anak dari Kuala Lumpur sampai kira-kira pukul 6.30 petang... he..he.. lewatnya... tapi rasanya orang yang paling jauh... so tak kisah lah.... Kali ni memang tak sesat macam di JB dulu.  Pakai GPS Garmin cuma nak detect speed trap jer...  Wow... sepanjang lebuhraya KL - Tangkak... punya la banyak tempat polis pasang speed trap... tapi kali ini insyallah.... tak ada saman...he..he...

Sehingga lewat petang semua ahli keluarga HJ KUSNI telah berkumpul.  Ingatkan saya yang paling lewat datang tapi rupa-rupanya ada yang lewat lagi...he..he.keluarga Nurul Amalina (Tanti)..dari Rawang, SElangor..he..he..jangan marah...

Upacara majlis bermula seawal solat maghrib berjemaah beramai-ramai... Seperti biasa, Pak Imam nya orang Manjung.  Imam tak bertauliah... bidan terjun jer... tapi boleh la... Pak Bilal nya orang JB.. juga bidan terjun... tapi boleh la....Lepas solat maghrib masing-masing berehat sementara menunggu waktu Isyak kerana keletihan selepas berkilometer dalam perjalanan.

Lepas solat isyak kami semua dijamu dengan BBQ... wow.... semuanya main bakar-bakar.  Ayam, otak-otak, kentang/ubi keledek, sosej... dilengkapi dengan coslow dan kentang moyo.....sungguh sedap... tapi sorry tak ada sea food.  Di Tangkak tak ada ikan segar kot.... tak pasti pulak.... 

  Lepas makan malam, bermulalah acara perlawanan permainan Rakyat.  Permainan yang dipertandingkan ialah Dam Haji, Congkak dan Scrable.  Acara dikendalikan bersama-sama dan pengacara majlisnya Adik Ley... Semua ahli dibahagi kepada enam kumpulan iaitu kumpulan Merah (Kak Long), Biru (kak Umi), Hijau (kak Mariah), Pink (saya), Purple (Juariah) dan Kuning (Dek Ley).

Sementara permainan rakyat dijalankan, anak-anak dah terjun dalam kolam dihalaman rumah.. Bukan main seronok lagi...tidak kira malam pun boleh berenang.  Beginilah kemeriahan yang kami dapat rasai ketika ini.  Setelah bermain sehingga lewat malam keputusannya, dam haji dimenangi oleh kumpulan PINK, Congkak kumpulan Hijau manakala Scrable dimenangi Kumpulan Hijau.  Acara waktu malam selesai lewat jam 1.30pagi... wow.. memang bersemangat betul... masing-masing nak menang.... Lepas selesai masing-masing tidur...errr....errrr.....

sukanya mandi malam hari


main congkak kumpulan hujau vs biru

kumpulan biru vs pink

Subuh 1hb Januari 2012... kedengaran azan berkumandang dari bilik solat... la.. pak imam yang azan... pak bilal kerinan la... keletihan sebab malam tidur lewat acara habis lewat.  Semua ahli turun termasuk Ayahanda yang dikasihi, bersolat berjemaah.  Lepas solat ada kuliah subuh oleh Ustaz yang dijemput khas dari Kolej Matrikulasi Johor.  Masing-masing khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan.

Lepas solat dan kuliah suboh, semua anggota keluarga menikmati hidangan saparan pagi yang disediakan oleh tuan rumah Juariah.  Wow... berbagai-bagai menu... .. pilih jer, western ker....atau  Jawa pun ada... sangat enak sampai `likin fingure'....he..he... Ada macaroni bakar, ada kentang mayo lagi...he....he...yg ni utk bela badan...., juga tidak ketinggalan pecal dan lontong Jawa....makanan tradisi tidak boleh dilupakan... Dek kerana terlalu sedap dan kelaparan kot... sehingga tak ada yang amik gambar waktu sarapan ni......


 Lepas sarapan pagi...ha.... bermulalah acara padang.  Mukadimahnya kami buat senamrobik.  Instructure nya Pak Aji Manjung ni.... bidan terjun juga... serba boleh...ha...ha.... Lepas tu ada `Chicken Dance' pulak. he..he... seronok nya... tengok all the veterans menari.... dikendalikan oleh Dr Hafis.



wow...memang betul-betul bergaya

tenang jangn tak tenang kumpulan merah

 Acara pertama yang dipertandingkan ialah menangkap `Ultraman'.  Wow.. banyak betul Ultraman di bandar Tangkak ni...  Setiap kumpulan seronok melontar gelang getah untuk menangkap si Ultraman tu.  Tapi yang paling terror..ish..ish... si kumpulan Biru (kak Umi).... memang patut menang pun sebab di Klang tu kan banyak gagak.  So dia biasa dah tangkap gagak.... he..he... jangan mare....
ini kumpulan biru kak umi

Acara keduanya pula ialah menembak `Ultraman`.  Selepas ditangkap tak dapat, kita tembak pula dengan lastik.  Bertempiaran Ultraman tu.  Masing-masing menunjukkan kecekapannya bermain lastik.  Kalau zaman dulu kat kampung-kampung orang lastik burong.  Sekarang burung dah tak payah lastik.... so kita lastik ultraman pulak.  Kali ini yang menang kumpulan Merah (Pak Long).  Cekap betul mereka ni... maklumlah orang lama.... pak Long sekali lastik dua tumbang... terror...terror.....

kumpulan biru menang... farezz...

Lepas ni acara masukkan bola dalam sarang telur pula.... ini yang mencabar ni.... bolanya terlalu ringan pulak.. nampak senang... tapi... bila kena tiup dek angin bola akan melayang... Acara ini dimenangi oleh kumpulan HIJAU (kak Maria).  Hai... olahragawati Selangor la katakan... relay team bersama Marina Chin..  n pemain bola jaring utk Selangor... sharp shooter .... jangan tak tau..... tengok aksi dibawah ni... Daus bukan main tunjuk terror depan mak mertua..he..he... jgn mare....
aksi daus... menang bergaya..

.ha...ha.... kena jadi post...

Acara setrusnya memancing ikan.   Ala... ini untuk kanak-kanak bawah 12 tahun... tapi tak cukup ahli.  Semuanya nya dan lebih umur... tak apa lah... bukan main lagi si Nonoi tu.... orang pancing pakai joran tali panjang... dia mengelat... digulung pendek jer... siap cangkung lagi... mana tak menang... macam ni satu kolam boleh habis dipancing.... so yang menang.. tentulah kumpulan biru juga (kak Umi)... walauapa pun... kita main untuk suka-suka jer.... yang tak menang jangan marah yer.....

ini pemenangnya... biruuuuu

akmal.... eksen jer... masuk pun tidak....

Lepas ni pulak acara Golf... wah yang ni memang ramai yang terror... termasuk hubby ku... Praktis sedari pagi lagi.. memang garanti boleh masuk punya... tup..tup... bila lawan satu pun tak masuk.... nasib baik ada penyelamat... hafis, eam dan Ijai.... so menang lah kami dengan tiga biji masuk lubang.... so... kumpulan PINK...he..he.... baru menang satu..... 


kumpulan purple... host kita...

Memandangkan hari dah hampir tengahari so ada dua acara tidak dapat dijalankan.  Acara terakhir yang paling menyeronokkan kami ialah acara bola beracun dan musical chair.  Semua ahli keluarga, tak kira umur yang dah boleh berjalan la.... baby tak kira... menyertainya...  masing-masing takut nak pegang bola beracun tu.  Sesiapa yang terpegang dan muzik berhenti, akan terkeluar la dari permainan itu.  Saya awal-awal lagi dah terkeluar.....Masing-masing enjoy dengan alunan musik yang dimainkan.  Acara ini dimenangi oleh peserta kumpulan HIJAU (kak Maria).


Selepas acara tamat kami menikmati hidangan tengahari.  Kali ini kami dijamu dengan menu kampung.  Nasi putih, ayam goreng berempah, gulai lemak pedas ikan patin/keli, sayur asam keladi, ulam-ulaman serta sambal belacan dan kerabu ayam/kobis ala siam.... wow... masing-masing kelaparan.... mamang sedap... makan tak toleh kiri kanan la....

Lepas makan tengahari, masing-masing balik ke penginapan yang terletak dibelakang Diamond Cottage.  Kami solat zhuhor berjemaah.
hamper..sumbangan tuan rumah...

Haa... acara kemuncak dan penutupnya ialah penyampaian hadiah.  Tuan rumah telah bermurah hati memberi sumbangan hadiah berupa hamper... Johan keseluruhan dimenangi oleh Kumpulan Hijau (kak Mariah)... hai.. tak rugi datang jauh-jauh... Tempat kedua kumpulan PINK dan biru kalau tak silap.... kalau silap jangan marah yer.... Selain itu ada pulak cabutan bertuah..... Kumpulan Merah dapat Hadiah Cabutan Utama.... paling besar.... tak kurang kumpulan PINK....  Dapat hamper besar juga....  Dapat lagi ole-ole dari Bandung.... wah memang berbaloi... rasanya semua kumpulan - ahli keluarga HJ KUSNI amat berpuashati sangat.  Dengan balik tangan tak kosong. 


Ahli Kumpulan PINK

Kepada tuan rumah Adik Siti Juariah, kami mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga atas segalanya.  Layanan yang baik, tempat tidur yang selesa dan makanan yang istimewa.  Kak pasti semua nya berpuashati dan amat berterima kasih.  Walauapapun diharapkan kita akan dapat berkumpul lagi dimasa akan datang di lokasi yang lainnya.  Tetapi mungkin tidak sehebat dilokasi ini.  Insyallah sekiranya Manjung menjadi pilihan untuk peprjumpaan pada tahun ini.... kami amat mengalu-alukan.  Tetapi mungkin tidak sehebat ini dan diharap terimalah seadanya.... SEmoga berjumpa lagi memasa akan datang.... Insyallah.... Aminnn......

Maaf tiada gambar Ending.... sesiapa yang ada harap-harap dapat di loadkan....

Terima kasih......

  Anjung Seri.....














Tuesday, September 27, 2011

MY CHOCOCHEESE CAKE RECIPE


MY CHOCOCHEESE CAKE RECIPE

bahan2
1 cawan planta
2 cawan gula kastor
5 biji telur
1 tin susu cair
1 s/teh esen vanilla
1 cawan koko
2 cawan tepung gandum
1 s/teh soda bikarbonate
1 s/teh baking powder
bahan cream cheese
1 ketul philadelphia cream cheese
1/2 cawan gula
1 biji telur
Cara2
1. Putar planta + gula sampai gebu
2. Tambah telur, susu n esen vanilla dan putar sebati
3. Ayak semua bhn kering sebelum dimasukkan sedikit sedikit ke dalam adunan planta dan putar lagi hingga sebati
4. Tuang adunan dlam loyang yg disapu planta.
5. Putar adunan cheese sampai kembang
6. Tuang dlam loyang adunan kek dan kacau sedikit guna garfu
7. Kukus 1 jam

Wednesday, September 21, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

Hari ini tanggal 21hb September adalah hari ulang tahun kelahiran dua orang putera ku Mohd Nizar Bin Kamaruzaman (1997) dan Muhammad Edzham bin Kamaruzaman (1999).  Kedua-duanya lahir pada tarikh, masa dan waktu yang sama.  Cuma berlainan hari dan tahun sahaja.  Kedua-duanya dilahirkan pada remang-remang waktu maghrib tepat jam 7.00 - 7.01mlm di hospital Alor Star.  Kedengaran laungan azan dari masjid Zahir Alor Star berkumandang sejurus anak-anak ini dilahirkan.




 Mohd Nizar (abang) dilahirkan pada jam 7.00 malam dengan berat timbangan 4.00kg.  Berkulit agak gelap dan kebiruan, anakku ini dilahirkan normal walaupun mengalami komplikasi `placenta pavior' pada kandungan minggu ke 32 dimana terpaksa duduk di wad selama dua puluh hari.  

Setelah berusia enam bulan, anakku ini didinogsis mengalami penyakit `Thalasemia'.  Subhanallah.....  rasa jatuh jantungku waktu mendapat tahu keputusan ujian darah yang dilakukan walaupun memang telah dijangka akan berlaku. Tetapi aku tetap bersyukur dan redho dengan ujian yang Allah kurniakan ini.

Hari ini genaplah usianya empatbelas tahun.  Wah.. dah remaja anakku ini.  Cukup pandai bergaya dalam apajua situasi.  Warna kesukaan hitam.  Amat fasi bila memilih pakaian.  Suka kelihatan simple dan elegen.  Sentiasa kelihatan kemas dan bergaya.  Aduuhhh...

Pasal makan cukup susah.  Sentiasa memilih apa menu apabila yang hendak makan.  Lauk kegemaran sudah semestinya `ayam' goreng dan sup cendawan campur labu air.  Menu baru dijumpai `bakso'.  Nak jadi anak Indon agaknya. 

Tentang  pelajaran, boleh tahan juga walaupun selalu ponteng sekolah kerana kesihatan tidak mengizinkan.   Adakalanya terpaksa berulang alik ke hospital.  Tetap bersemangat  walaupun dah downgrade dari Sek Berasrama Penuh (MRSM) ke sekolah harian, demi mencapai cita-citanya.  Setahun yang lalu, anakku ini bersekolah di MRSM Lenggong.  Oleh kerana terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling, kawan-kawan sebaya yang tidak memahami keadaannya juga guru-guru yang tidak langsung memberikan komitmen dan tidak peka tentang keadaannya, maka sebulan yang lalu dia terpaksa keluar.  Setelah setahun setengah berada di MRSM anakku ini terpaksa melakukan `transfussion' sebanyak lima kali kerana terlalu tertekan (mantle toucher) dan keletihan.  Walaupun berat dihatinya untuk meninggalkan sekolah yang menjadi impiannya sebelum ini, terpksa akur dengan keadaannya yang tidak boleh lagi menahan menggung beban.  Walauapapun saya tetap bersyukur, dengan semangat wajanya anakku ini tetap berusaha untuk memajukan dirinya di sekolah harian yang didudukinya sekarang.  Sehingga kini masih tak tau apa yang dicitakan dan masih belum pasti akan kerjaya yang sesuai untuknya.


Muhammad Edzham (adik) dilahirkan jam 7.01 malam di katil dan hospital yang sama.  Semasa dilahirkan berat nya 4.50kg.  Wow..beratnya... tapi alhamdulillah... dilahirkan normal tanpa sebarang komplikasi.  

Kini genaplah usianya duabelas tahun.  Tak sabar dah nak buat `Mykad'.   Anak yang boleh dikatogerikan sebagai pintar.  Pintar segala-galanya.  Ha..ha.... nasib baik tak pandai memutar belit....

Tentang makan, wow.... tiada pantang larang.  Apa yang terhidang semuanya sedap belaka.  Makan semahunya.  Tengoklah badannya, comel dan montel.  Tengok pandai pulak nak sorok kemontelannya.  Tentang berpakaian, juga tidak memilih.  Yang susahnya, tiada saiz.  Ha..ha.... Saiz kanak-kanak, jauh sekali.  Saiz dewasa.... mak oi... malu nak sebut saiznya...hampir sama dengan saiz ayah dia. Jadi macamana nak bergaya???   Tapi tetap bergaya juga.  Warna kegemaran `Biru'.  Walau apapun... harap-harap untuk sementara saja.




Tentang pelajarannya..... bolehlah tahan.  Kalau periksa, semua gred ada. Dari A,B dan C.  Nasib baik tak ada D.  UPSR???? tak tau lagi....  Cita-citanya nak jadi `Doktor'.  Boleh ker....??  Insyallah... semoga Allah memberkati usaha-usahanya dan akan berjaya dengan cermerlang.  
Wahai anak-anakku.  
Kaulah harta yang aku ada didunia ini.  Mama sentiasa mendoakan semoga kalian akan berjaya di Dunia dan di Akhirat.  Jadilah insan yang mulia disisi Allah.  Sentiasalah mencari keredhaan Allah dalam apa jua perbuatan akan kita lakukan. 

Semoga Allah menguniakan taufik dan hidayah kepada kalian.  Amiinnn.


21hb.September 2011.






























Wednesday, September 14, 2011

ANJUNG AYU: KEK CEREMAL

ANJUNG AYU: KEK CEREMAL: KEK CEREMAL bahan2: (A) 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus) *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wr...

KEK CEREMAL

 KEK CEREMAL
 
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm

nampak mcm byk je bahan dia. tp sebenarnya senang sgt. ila main belasah je pun jadi.


titipan: Noor Halilah Halim.